.

.
.

Saturday, May 29, 2010

Terjahan ke Gunung Inas, Baling..

Hari ini, Sabtu 29hb Mei 2010 seperti yang dirancang aku, Apai dan Idan menerjah Gunung Inas sebagai persediaan untuk kayuhan ke Betong, Thailand. Kami bertolak dari Kulim agak lewat dan start kayuhan daripada pekan Baling (taman permainan) dekat pukul 9.00 pagi. Di sini kami mintak maaf kat Abang Razif Baling sebab dok "melilau" cari kami. Apapun, "time management" amat penting, next time kami akan bertolak awal sikit...

Bersiap-sedia nak kayuh.....semangat...tak tau ada "habuan yang menunggu"...

1st time kami terjah Gunung Inas, pernah lalu tapi dengan kereta...

Idan dengan bergayanya mula kayuhan...

Apai berada di belakang aku...

Tangkap gambar sendiri sambil kayuh....


Dah mula pendakian....


Tanah runtuh....


Kami berhenti sat tunggu Idan...

Apai jauh di depan.....

Lori pun "merayap" naik Gunung Inas....

Tak sampai separuh pendakian......rilex sat ambik angin...he..he..

Idan kata "penat juga ooooo" maklumlah 1st time...lagipun kami bukan "otai"


Dok rilex dalam longkang....mana Idan tak muncul-muncul ni....

Perbezaan tayar basikal aku dengan basikal Apai....tapi dia "kuat" kayuh...

Pemandangan...lereng bukit..

Berhenti lagi......

Sampai kat signboard Gunung Inas, Abang Razif muncul....1st jumpa...Abang Razif memang peramah orangnya...

Aku berposing ngan "otai Gunung Inas" Abang Razif...sebelum ni dok ber"Facebook" jer..ni baru jumpa tapi macam dah selalu jumpa...

Kami jumpa dua lagi riders, Cikgu Zubir dari Perlis dan Hasri (geng Abang Razif)..

Kemuncak kejayaan bergambar di bawah signboard Gunung Inas...

Aik..mana Idan....ooo lambat kot sebab mengalami masalah "teknikal"..

Aku berjaya.....

Berakhirnya sebuah penantian....masa downhill tadi wah seronok boleh mencecah 60km/jam..fuyooo..

Sebelum kami bertolak balik Kulim, Abang Razif ajak minum air oren kat rumah dia dulu sambil berborak. Dia cadang kami semua bermalam kat Betong kalu nak terjah tempat-tempat menarik kat Betong. Ha..ha...menarik tu...terima kasih Abang Razif....

Sebelum sampai rumah, Idan belanja kami makan laksa ...Gunung Inas akan kami terjah lagi..

Thursday, May 27, 2010

Aku, Idan Humber dan Rashid Tahoe beli tayar "sotong".

Demi semangat nak kayuh "on road" aku, Idan Humber dan Rashid Tahoe dah beli tayar "sotong" untuk kayuhan ke Gunung Inas dan Betong sebagai permulaan. Lepas ni bolehlah kami layan "on road", al-maklumlah nak beli RB kami tak mampu. He..he..jangan kutuk kami plak tau..


Ni tayar dan wheelset 2nd hand.....aku punya


Ni Idan Humber punya...


Dengan adanya tayar on road ini semangat kayuhan kami akan terus membara...

Saturday, May 22, 2010

Anak Nizam (Geng Basikal @Kulim) telah kembali rahmatullah. Al-Fatihah.

Salam, kami Geng Basikal @Kulim mengucapkan takziah kepada saudara Nizam kerana anak beliau telah kembali kerahmatullah. Semoga Nizam tabah menghadapi ujian ini. Anak beliau mengalami masalah jantung sejak dilahirkan lagi....



Inilah Nizam...salah seorang ahli Geng Basikal @Kulim yang aktif.

Thursday, May 20, 2010

Kayuhan santai bersama isteri...

Hari ni offday, aku tak ada aktiviti kayuhan bersama riders lain. Ajak wife kayuh pusing-pusing santai..Wife aku selalu kayuh dekat-dekat dengan anak-anak, so hari ni aku bawa jauh dia kayuh jauh sikit.....terjah trek KTM 2o1o (sikit saja). Semasa kayuh aku jumpa pump basikal, rasa-rasanya kepunyaan salah seorang daripada riders yang masuk KTM 2010...

Starting point....

Menghala ke trek KTM 2010..



Aku ler...

Dah mula masuk trek KTM 2010...

Posing with my wife..on camera timer...

Kesian aku tengok wife aku...penat sampai merah muka....

Ni pump yang aku jumpa...aku dah cuci dan basuh..brand dia "GIYO air supply". Siapa punya? Aku niat nak "sedekah" jer kat kawan-kawan...boleh kot...

Sekian sahaja kayuhan santai kali ini.

Saturday, May 15, 2010

Kayuhan Trek Rahsia (cari trek mini jamboree)

Pagi ni pada mulanya aku nak joint Chaon (Gerek Kulim) terjah Bukit 300, tapi apakan daya hajat tak kesampaian sebab ada masalah sikit. Kebetulan pula Rashid Tahoe ajak aku dan Apai terjah trek KTM 2010...sebab depa dua tu tak masuk night jamboree hari tu. So, aku jadi penunjuk jalanlah. Dalam perjalanan, kami nampak geng Gerek Bukit berkumpul di Restoran Desa Kob. Mereka nak cari trek nak buat mini jamboree dalam bulan Julai nanti. Aku, Rashid Tahoe dan Apai jointlah mereka (Pak Leh, Nazir, Mie dan Jan).

Rashid Tahoe dan Pak Leh....

Pemenang lucky draw BM Jamboree 09, Mie bersama basikal Kona..

Pak Leh mengetuai kami dalam proses pencarian trek rahsia..ni

Walaupun sebulan tak kayuh...buleh dikatakan ganaih lagi Rashid Tahoe ni..


Rileks sat.....
tunggu Jan.

Jan tolak basikal..naik bukit berlumut dan licin...


Tak payah bagi tau sapa nama mamat nie...

Antara bukit yang perlu didaki...

Downhill, Apai terjatuh...licin sebab trek berlumut...


Jalan bersimen yang kami lalui...
Laluan ni agak berpasir...kayuhan jadi berat sikit..


Naik bukit lagi...Apai tolak..tapi Mie steady jer kayuh...

Jan raja bukit from Gerek Bukit..

Berbincang pasal trek laluan..

Aku dan Rashid Tahoe....layak lagi jadi Marshall ni..

Hutan Lipur Ulu Paip, tapi rasanya laluan ni tak termasuk kot...



Pak Leh dan Jan singgah refill station..beli ayaq...

Berposing ramai-ramai..

Dalam gambar ni baru aku ada...

Uphill lagi...

Rashid Tahoe mencuba kayuh naik bukit, walaupun jalan licin...


Laluan single trek...

Saudara Nazir..bergaya naik bukit...


Berehat di atas bukit yang terakhir...sambil berbincang...

Apai sibuk dok balut rokok daun...hu..hu..

Secara keseluruhan trek ini menjadi rahsia lagi, aku tak mau "dedah" banyak sangat. Cuma nak bagi tau banyak pendakian ada juga macam "roller coaster". Biarlah Pak Leh and the gang (Gerek Bukit) umumkan maklumat selanjutnya. Wassalam.