.

.
.

Saturday, March 27, 2010

Solo and Fun Ride.

Selepas selesainya RUN10, program kayuhan mingguan GengBasikal selalunya tidak menjadi. Ini bermakna sudah 2 minggu aku tak kayuh. Jadi hari ini aku kayuh sorang-sorang "SOLO AND FUN RIDE". Pada mulanya nak kayuh pagi tapi...zzz.zzz.zzzz jadi ditunda sampai petang. Start depan rumah aku, penat juga rasanya sebab lama tak kayuh. Mula-mula kayuh laju, lepas tu perlahan he he tak larat. Kayuhan hari ini adalah sebagai "kayuhan mingguan" GengBasikal walaupun solo jer.

Seperti biasa, posing sebelum start kayuh...jersey RUN10..

Berhenti sat tengok anak sungai...air kotor akibat daripada arus pembangunan..

Ambil gambar dulu....

Rumah kedai yang tiada pembeli....suatu pembaziran.....

Jalan simen.....bukan highway Gurun....

Alamak jalan ditutup..

Peace...he he he my indentity Blogger GengBasikal @Kulim.

Lebih kurang pukul 7.10pm aku sampai rumah...kebetulan hari ni pasar malam, wife aku beli kuih dan lauk.....lepas mandi, berselera aku makan...he..he...he...

Friday, March 26, 2010

Semoga Nizam tabah menghadapi dugaan.


Salam, di sini aku nak bagitau kat kekawan bahaya isteri Nizam selamat melahirkan anak tetapi ujian yang dihadapinya ialah anak yang baru dilahirkan mengalami jantung berlubang. Justeru itu marilah kita sama-sama berdoa agar anak Nizam cepat sembuh. Amin....

Tuesday, March 23, 2010

Artikel mengenai Kayuh Malam @ Night Ride.

Tak lama lagi ada Kayuhan Terang Malam, sebelum tu bacalah artikel ni yang aku ambik daripada sebuah majalah basikal. Menarik untuk dibaca, kalu tak faham BI..he he cari ler kamus yer....



Nanti aku "scan" pulak mengenai lampu-lampu yang kita boleh guna untuk kayuh malam....

Friday, March 19, 2010

Ada lagi gambar RUN10...

Ni ada lagi gambar-gambar RUN10 yang wife dan anak aku snap guna handphone......layan ajer ler...




Ni last rider yang dapat medal...700 time dia 11.50am...... budak yang duduk tu anak aku "Achik"...

Nie aku sampai....12.12pm berdasarkan time phone camera....

Awal pagi.....






Bye-bye RUN10...jumpa lagi..Insyaallah...

Thursday, March 18, 2010

RUN10 part 2 ....

.....sambungan...gambar-gambar RUN10...snap juga walaupun letih. Aku banyak kali berhenti, sampai tak tau berapa kali.....letih....letih.....


My White Venzo tersadai.....

Nampaknya semua tolak basikal

My face....

Siap naik jejantas lagi....

Muka akak yang bagi air ni rasanya pernah tengok kat KAWAT 09...(penganjur)



Elaine from Hong Kong....

Berehat sambil baring...

Rashid Tahoe...memang jelas muka keletihan...

Tolak jangan tak tolak......Rashid Tahoe..

Memang "mental" bila lihat Bukit Botak...

Sayup mata memandang....

Dah sampai ....penat Rashid Tahoe...depan aku...

Rashid Tahoe....terpacar di wajah kekecewaan sebab tak dapat medal....


Finisher...

Rashid Tahoe, aku dan Zack Gerek Bukit..belakang tu banner Kayuhan Terang Malam 2010



Awek yang tunggu finisher...


Dok tunggu lucky draw...tapi tak lucky

My family.....

Dok kira duit..kot-kot jatuh...he he..he...

Anak-anak aku....yang perempuan pegang no plate...tunggu lucky draw


Bangga dapat habis...

Completed semua sticker check point....