.

.
.

Sunday, September 27, 2009

Kayuhan Lepas Raya (Persediaan untuk BM Jambore)

Tempat Kejadian: Sg Kob ~ Sedim ~ Sg Kob
Tapak Pemunggahan: Rumah Leader/Petronas Tmn Mutiara.
Tarikh: Khamis , 01 Okt 2009.
Jarak kejadian : 45KM
Masa: 8.00am tajam.

Tempat Kejadian: Mengkuang Dam (Track Jamboree)
Tapak Pemunggahan: Simpang Berapit.
Tarikh: Rabu , 07 Okt 2009.
Jarak kejadian : 48KM
Masa: 8.00am tajam.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan yang pergi, Syawal akan menjelma.






Salam,

Tidak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Hanya beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sama ada yang miskin atau kaya tetap menyambutnya. Berakhirnya Ramadhan, maka masjid-masjid dan surau-surau kembali menjadi seperti bulan-bulan sebelumnya iaitu kosong. Ini bermakna keberkatan Ramadhan sudah hilang, seolah-olah mereka berpendapat hanya bulan Ramadhan sahajalah "pakat mai surau" bulan-bulan lain tak payah amat ruginya berpendirian seperti ini.

Para sahabat Nabi SAW, amat sedih bila berakhirnya Ramadhan. Bagi mereka bulan yang penuh keberkatan dan rahmat akan pergi meninggalkan mereka. Adakah Ramadhan seterusnya sempat atau tidak, dengan kata lain umur panjang atau tidak.

Marilah kita membuat penilaian terhadap diri kita, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya segala amalan kita diterima dan memohon dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya.

Kemungkinan umat Islam di Malaysia akan menyambut Syawal pada hari Ahad 20 September 2009. Hari Raya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam, setelah berjaya menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Namun, kita merasa sedih masih ada lagi umat Islam tidak berpuasa, saban hari terpampang di akhbar mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Sekecil anakku berumur 6 tahun dapat menahan lapar dan dahaga, inikan pula orang dewasa. Diharap mereka tersebut akan insaf dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sempena Syawal yang menjelma tiba, aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan (geng kayuh atau tidak). Manalah tahu kot-kot ada kesalahan yang tersirat.
Raya tahun ini aku balik Kelantan (raya rumah mak mertua..he he he sebab ikut turn). Bagi rakan-rakan yang balik kampung tu berhati-hati semasa memandu dan bertimbang rasa di jalan raya. Jangan lupa solat sunat Aidil Fitri. Selepas raya ni, kayuhan akan menjadi aktif balik persediaan untuk BM Jamboree.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Monday, September 14, 2009

Le Tour de Ramadhan begin.

Dok isi barang-barang dalam Proton Exora Nizam.

Shaidan dan Nizam......



Barangan-barangan yang akan diberikan kepada orang yang telah dipersetujui siap dimasukkan ke dalam kereta. 3 orang terawal yang menjalankan kerja-kerja amal ini iaitu Shaidan, Nizam dan Fharid.


Kampung Sungai Tengas, Serdang, Kedah.
Rumah pertama adalah seorang kakak yang baru kematian suami dan mempunyai 4 orang anak yang mana 3 masih bersekolah dan seorang baru tamat pengajian tingkatan 5. Oleh itu kakak ini sekarang bekerja mengambil upah untuk menampung kehidupan seharian.
Nizam menyerahkan barangan kepada anak sulung disamping ibunya.



Bergambar di hadapan Caltex di Mahang.



Jaafar dan aku tiba di Mahang untuk destinasi seterusnya setelah rumah pertama, aku dan Jaafar tidak sempat mengikutinya.


Kampung Kabu, Mahang, Kedah

Rumah ini didiami oleh sepasang pasangan kurang upaya dan anaknya yang juga adalah golongan OKU bersama ibu si suami. Keadaan rumah yang terletak jauh di dalam pedalaman.

Anak yang berusia 2 tahun tidak sempat memakai seluar semasa ketibaan kami.

Penyerahan barangan kepada keluarga tersebut.

Kampung Kuala Sedim, Sg. Karangan, Kedah

Rumah Ketiga yang kami kunjungi adalah seorang tua yang tinggal seorang diri di sebuah rumah lama yang serba kekurangan dan penghuninya seorang OKU juga.
Gambar menunjukkan rombongan berdiri didepan halaman rumah orang tua tersebut


Pakcik kelihatan gembira melihat kami tiba di rumahnya.

Kampung Naga Lilit, Pdg. Serai, Kedah
Rumah keempaat yang kami singgah adalah seorang wanita tinggal berseorangan yang tidak mempunyai anak dan suami.


Makcik tersebut yang begitu asyik menceritakan kisah hidupnya pada kami. Bantuan bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah "ditarik balik" tanpa sebarang alasan sejak April lalu.
Sebak rasa di hati apabila makcik ini menangis sambil membaca doa bersyukur kerana masih ada orang yang sudi membantunya.
Rumah yang kelima kami ziarah (maaf gambar tak ada) ialah di Taman Selasih. Seorang pakcik yang sakit kencing manis dan terpaksa pula menjaga cucu-cucunya yang ditinggalkan ibubapa mereka. Insyaallah program ini akan diteruskan selagi "hayat kami dikandung badan".

Friday, September 11, 2009

Malam Al-Qadar

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan lebih separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 8 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 21 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri. Sekarang ini semua umat Islam sudah tahu kelebihan 10 malam terakhir. Hanya mahu dengan tidak mahu sahaja untuk meningkatkan amal ibadat.
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.
Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 5, 2009

Le Tour de Ramadhan


Assalamualaikum,
Marilah kita menderma untuk orang-orang susah. GengBasika bolehlah menyerahkan sumbangan amal anda kepada Rashid, Shaidan atau Nizam. Kita akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Tarikh: 13 September 2009.
Hari: Ahad
Time: Lebih kurang 10.00 pagi.
Tempat: KHTP

Berkayuh sambil beramal.



Tuesday, September 1, 2009

KAYUHAN MALAM SELEPAS SOLAT TERAWIH

Malam tadi, 31 Ogos jam 10.45 malam...aku joint geng-geng Intel Penang kayuhan malam..

Ini basikal kau dah ready nak kayuh...tuan basikal dah ready ker?

Berposing sebelum nak kayuh.....

Geng Penang, Hafiz, Zizan dan Chun.

Semua dah ready nak kayuh...
Kayuhan pun bermula...depan sekali baju kuning tu Odd

Team Kedah Jamboree...

Add Image Relaks sat tunggu yang lain...

Sembang-sembang...nak kayuh berapa round nie????

Ambil gambar kat Kilang Infineon....

Malam di kawasan Kulim Hi-Tech Park

Ambil gambar lagi....

Aku penat sebab last round depa semua pecut...dan jugak ligan walaupun last sekali..

Semua dah letih kot, basikal aku depan sekali nampak cantik sebelah malam sebab warna putih..

Aku dah nak balik, sandar basikal sat...

Basikal dah masuk kereta, bermakna kayuhan malam dah tamat..
Kayuhan malam ini =/- 29.51km, 3 round start depan Poly/UniKL...