.

.
.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-52


Salam merdeka semua warga Malaysia, tidak kira di mana jua anda berada.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri kan.
Nikmatilah suasana aman damai di malaysia ketika ini. Diharap kita semua dapat hidup dengan selesa.
Rukun damai, berbudi bahasa sesama kita tidak kira apa bangsa, agama dan budaya.
Selamat hari merdeka ke 52 Malaysia !
Selamat berbuka puasa. Lepas raya nanti kayuhan akan bermula seperti biasa...MERDEKA

Saturday, August 29, 2009

Senarai ahli GengBasika yang masuk BM Mountain Bike Carnival 2009.

1) 386 - Mohd Anuar Bin Ahmad - GengBasika/Kulim - XL - Male

2) 387 -Mohd Nizam Bin Haji Mohamad - GengBasika/Kulim - XL - Male

3) 388 - Jaafar Bin Sedik - GengBasika/Kulim - XL - Male

4) 389 - Mohd Tarmizi Bin Ibrahim - GengBasika/Kulim - M - Male

5) 390 - Azhar Bin Kassim - GengBasika/Kulim - L - Male

6) 391 - Shaidan Bin Mohamad - GengBasika/Kulim - XL - Male

7) 392 - Hamidi Bin Hamzah - GengBasika/Kulim - L - Male

8) 393 - Abd Rashid Bin Ismail - GengBasika/Kulim - XL - Male

Friday, August 28, 2009

Azman Ayub dah joint GengBasika.


Tahniah diucapkan kepada Man Ayub kerana joint geng kita. Lepas raya nie, untuk kayuhan pertama Marshall kata nak pi Sedim atau Bukit Hijau. Sebagai persediaan untuk menghadapi BM Mountain Bike Carnival 2009. Tengoklah gambar basikal Man.....

Hidup GengBasika........

Friday, August 21, 2009

Aku beli jentera baru.

Inilah jentera baru aku, upgraded dari 7 speed to 9 speed. Beli kat kedai OZE CYCLE SHOP, Simpang Ampat. Aku pi dengan Saiful (Giant) juga jiran aku. Dia yang advice kat ambik yang ni.
Fork model SR SUNTOUR EPICON....



SHIMANO SLX....

Helmet baru aku Ironmag


GIANT glove baru beli jugak....

Buat masa aku belum menguji sepenuhnya jentera baru aku, tapi aku rasa OK..saiz dia 15in, sesuai dengan badan aku yang kecik ni.....LEPAS RAYA NI, KAYUHAN JENTERA BARU AKAN BERMULA...

Monday, August 17, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak.

Jadual tazkirah Ramadhan di Surau Taman Mutiara (taman aku ler)



Ramadhan bulan yang penuh berkat mula mendekati kita. Beberapa hari lagi semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia. Kedatangannya memberi bahagia dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam. Walaupun tidak dinafikan ada juga insan-insan yang mengeluh dengan kedatangan bulan ini. Keluhan dan kegembiraan itu tergambar melalui kesanggupan atau tidak untuk berpuasa pada bulan tersebut. Berpuasa satu bulan berturut-turut bukanlah perkara mudah, hanya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dapat melaksanakannya dengan sempurna.Disebabkan itu Allah menjanjikan Syurga kepada mereka yang berpuasa dengan sempurna pada bulan tersebut.
Perkara ini dinyatakan melalui kalam Rasulullah dalam sebuah hadith oleh Imam Bukhari, "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga"Memang benar, ada juga daripada kita yang dapat berpuasa sebulan penuh, tetapi puasanya itu hanyalah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Tidak lebih daripada itu, sehingga perkara ini pernah di sebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud, “Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum". Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan? Tepuk dada tanya iman...Antara keistimewaan pada bulan Ramadhan adalah:
1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.
2. Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafa’ Rasyidin. Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
3. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
4. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat. Sepertimana hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, " Apabila tiba Ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".
Akhir kata, renungilah kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (mantan Mufti Arab Saudi), “Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan mahupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.”
Wallahu'alam..

Gambar-gambar sekitar kayuhan Ramadhan bersama Cikgu

Jaafar sedang memandu kereta, keadaan nampak gelap lagi sebab nak kayuh 7.00am tajam.

Basikal leader @ marshall @ Rashid dok dlm kereta Jaafar. Kalu basikal tu buleh cakap mesti dia kata bila nak naik Innova tuan aku....asyik-asyik naik Proton jer....

Mungkin Cikgu sedang memberi khidmat nasihat kepada semua riders...

Mula untuk kayuhan seterusnya.....

Sempena nak sambut Ramadhan, Jaafar dah mula makan buah khurma..



Bergambar beramai-ramai bersama Cikgu...

Nak FUJI TAHOE......hangpa nampak tak....aku nampak kasut jer
Singgah makan kot....aku tak tau sebab aku tak ikut....

Cikgu sibuk "call", Azizi, Jaafar dan Rashid tersengih tengok apa tu....????


Anak aku kata Pakcik Rashid nampak seksi...he ...he....he....(anak aku gelak)


Wife aku ingat sampai kat Rantau Panjang, Kelantan..terkejut juga..kalu macam ni aku balik rumah mak mertua...kayuh ler sebab family wife aku duduk kat Rantau Panjang (daerah Pasir Mas, Kelantan).

Batu tanda...Mahang 10km lagi....


Berehat, berehat........


Rest, rest, rest.....

Macam nie, bila nak sampai...

Kayuh untuk balik ni....track ni aku dah lalu hari tu...best jugak

Berehat lagi....

Abang Lebai tu nama apa? Dok bersila elok atas jalan...

Cikgu nampak steady..yang lain ?????????


Camera man tangkap gambar dari jauh....pasai apa ????


Jaafar nampak penat sungguh....mintak nyawa....

Azizi pun nampak penat jugak tu....

Hai....berposing sakan leader kita ni....bergaya dengan spec baru..beli kat KL (Kilang Lama)


Bergambar di atas bukit...

Edi (menantu Cikgu) bersama Rashid...

Gambar pemandangan dari atas bukit...cantik

Cikgu melambai tangan.....kat siapa aku tak tau...

Rasanya Rashid berpuas-hati dengan jentera Fuji Tahoe ni....bilalah aku nak upgraded jentera aku dari 7 speed to 9 speed.

Friday, August 14, 2009

Kayuhan permulaan Ramadhan bersama Cikgu (16/8/09)

Salam, nampaknya geng kita tiada pengesahan secara total untuk menyertai kayuhan tersebut. (Ahad, 16 Ogos 2009) Shaidan demam, Art Kassim demam, aku hari tu ada gotong-royong sambut Ramadhan di Surau Nurul Iman, Taman Mutiara (ditugaskan buat kawasan parking baru surau). Yang tinggal leader dan Jaafar saja..... Bila lagi leader @ marshall nak test power jentera FUJI TAHOE yang baru tu.

Wednesday, August 12, 2009

Aku beli spec (sunglasses) baru dan Rashid beli basikal baru.


Ni dia gambar spec @ sunglasses beli kat Focus Point Carrefour. Yang syoknya spec ni ada power. Maklumlah aku ni kan rabun. Jumpa jer terus sambar, sebab payah nak jumpa yang ada power ni.


Satu lagi lens dia buleh tukar-tukar, ada 3 lagi extra. Colour plak berlainan.

Ni adalah warranty card...Manchester United Sunglasses......ori tau

Hah, ni baru nampak hensem, maklumlah buleh pakai spec canggih.
____________________________________________________________________
Ni adalah basikal baru leader @ marshall @ Mat Rashid.




Mat Rashid, leader atau marshal kami beli basikal baru Fuji Tahoe kat kedai cikgu. Aku memang teringin nak beli basikal 9 speed, tapi memandangkan masalah kewangan terpaksa tangguh dulu. Al-maklumlah, dekat nak raya ni...Pakailah basikal tu dulu, ada rezeki baru beli yang lain....

Tuesday, August 11, 2009

Kayuhan kali ke-3 ke Kerbau Balar bagi kuatkan stamina

Pemandangan dari atas bukit Kerbau Balar...nung jauh di sana. Masa naik agak penat sikit sebab basikal aku cuma ada 7 gear. Walaupun begitu aku try guna gear antara 4 dan 5, sampai half way saja, tak buleh pi terpaksa juga change gear. Masa turun bukit syok....laju sampai +/-43km/h angin tiup rasa sejuk badan...


Kelihatan pokok-pokok di tebang, bukit menjadi gondol untuk di tanam kelapa sawit atau getah kot....kemusnahan alam sekitar


Kayuhan kali ini ialah 26.18km, bermula daripada rumah aku. Sampai Kerbau Balar naik bukit dan patah balik (2 kali ulang-alik).


Monday, August 10, 2009

Mereka yang berjaya ke puncak Tok Kun

Azizi dan Shaidan berhenti rehat sebelum meneruskan kayuhan.....


Mereka berdua ni dok tunggu kami kot......kami dah lama sampai dah....he....he..he..

Akhirnya Shaidan dan Azizi sampai ke puncak juga oops mana Nizam...ada dua orang mereka jumpa...namanya Hattan dan Mie...aku tak kenal

Ni baru ada gambar Nizam...tadi dia jadi jurugambar ler......


Azizi bergaya sambil menjulang basikalnya. di depan pagar menara....hai tak penat ker....

Nizam pun sama berposing depan pagar menara.....tak julang basikal macam Azizi ker ???


Aik....tengok apa tu nak cari track baru nak turun bawah ker???Apa-apapun tahniah kepada mereka bertiga...Tunggu kami pulak akan naik...