.

.
.

Thursday, July 30, 2009

Jadual Kayuhan bagi Bulan Ogos (cadangan dari Nizam)

Kekawan semua berikut adalah aktiviti yang dirancang bagi bulan Ogos.


WW32.0 – 2 Ogos 2009
Tempat :- Bukit Langkap (Bukit Gas) hingga ke Mengkuang Dam
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan kedai cikgu ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

WW33.0 – 9 Ogos 2009
Tempat :- Kayuhan Alam Ke Junjung (main onroad) lepas tu offroad ke Kg Badlishah pd sapa yg berani.
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan kedai cikgu ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

WW34.0 – 16 Ogos 2009
Tempat :- Padang Tembak Ke Sungai Ular.
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan surau Taman Tunku Putra ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

Kalau ada cadangan lain sila kemukakan kerana ini adalah cadangan yang disyorkan sahaja, boleh lagi nak ubah pi tempat lain.

Lepas 3 minggu ni berehat seketika….. bulan PUASA… lepaih puasa kita sambung balik… INSYAALLAH.. jgn tersadai basikal sudah

Terima Kasih.
Nizam.

Track kelapa sawit kat Tmn Mutiara, Batu Putih & Sg. Kob

Ni kira sessi latihan, aku tak ikut serta sebab pi kerja (OT nak beli basikal 9 speed..he..he..he..)
Bergaya, Mat Rashid tunjuk perut masing-masing...


Dalam ayaq pun depa kayuh...

Team baju kuning FBT beli kat Padang Besar..

Gambaq lembu ker kerbau ni depa tangkap...tolong tunjuk jalan kot sebab depa sesat..he he he

Wednesday, July 29, 2009

Kayuhan di Bukit Padang Tembak

Kayuhan yang diketuai oleh Anuar (dia dah pro). Pertama kali ikut GengBasika.


Berhenti kat check point sebab nak "stretching" lead by Azizi. Ditengah-tengah Art (AJK GengBasika first time kayuh ikut kami).


Bersiap kayuhan seterusnya, kelihatan Anuar berselindung di belakang pokok kelapa sawit..don't know what he doing....


Mat Rashid kayuh naik bukit...dia tak larat tapi nak jaga status kayuh juga...


Aku meleleh ayaq liuq sebab tak larat.....tolak ajelah semasa naik bukit...


Berehat kat atas bukit.....kita minum dulu




Art nampak macam nak bersilat...walaupun pertama kali kayuh naik bukit...Ok stamina dah ada


Sebelum balik singgah di kebun Azizi...

Nizam sedang menjolok buah cempedak...ini pantunnya..BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN...sapa-sapa nak sambung...pantun nie



Manis juga buah cempedak nie...


Pertandingan makan buah cempedak.....


Dan juaranya ialah ....aku....

Misi kali ini aku berjaya walaupun last sekali...tak patah balik semasa kayuhan Bukit Kerbau Balar

Wednesday, July 22, 2009

Kayuhan ke dua Ulu Paip dan Kerbau Balar.

Pemandangan dari atas Bukit Kerbau Balar

Sampai kat Ulu Paip, rasa macam tak cukup oksigen. Penat gila-gila, first kayuhan dari Tmn. Mutiara ambil masa 1.30 jam, kali ni 30 minit jer. Tak ada stamina.

Selepas minum air, sempat bergaya penat dah hilang....nampak gaya macam seorang pro, maklumlah pakai baju mahal ooooooo


Kelihatan Azizi mengangkat basikal, maklumlah bertahun-tahun kayuh basikal. Dialah yang ajar aku cara-cara kayuhan yang betul.



Azizi tunduk cari duit jatuh kot........


Ketua kami Mat Rashid, steady dan nampak bergaya semua pakai baju baru....



Shaidan nampak fit...he he he fit tang mana tuuuuu


Nizam (geng pro dah), Mat Rashid dan Jaafar. Bagi Jaafar ini merupakan misi yang pertama tapi macam orang dah lama tak nampak penat langsung.





Mat Rashid angkat tangan tanda berjaya naik bukit....


Shaidan tolak basikal sebab tak larat...


Muka nampak penat...sampai bukak zip baju...



Tersengih sebab penat



Misi kali ini aku gagal, mereka semua berjaya menamatkan misi ke Bukit Kerbau Balar. Aku cuma berlegar-legar di Ulu Paip jer....tak apa tunggu lain kali bila aku dah ada stamina, mereka semua akan ketinggalan di belakang aku. He....he.....he......


Monday, July 20, 2009

Senarai AJK GengBasika

Ketua: Mat Rashid.
Bendahari: Shaidan.
S/Usaha merangkap blogger: Mizi (aku ler).
AJK: Art Kassim.
AJK: Jaafar.

Sesiapa nak joint tak geng pro atau amatur dialu-alukan....pendaftaran adalah percuma.

Dah sampai di Ulu Paip


Naik puncak bukit Ulu Paip...

Sampai jer di Ulu Paip, terus minum air...rasa macam tak cukup sebotol, next time nak kena bawa 2 botol....Kelihatan Mat Rashid tak sabar-sabar nak naik bukit..


Sampai atas bukit kami berposing.....penat ooooo maklumlah kayuhan pertama...



Our first mission go to Ulu Paip (sehari setelah beli basikal)

Aku sedang bersiap untuk kayuhan yang pertama.


Kelihatan Mat Rashid bergaya di depan rumahnya. Pagar "stainless steel" gua cakap lu.




Aku rasa lutut bergetar-getar tak sabar nak kayuh.






Shaidan pun sama tak sabar-sabar juga.





Detik-detik bersejarah di hari pembelian basikal

Jaafar bergaya dengan basikal barunya brand LOOK 8 speed. Pada mulanya nak beli macam aku tapi habis stock......lari budget, tapi tak apa nak kayuh punya pasai....beli di kedai Cikgu pada 20 Julai 2009.
Kelihatan ketua kami Mat Rashid menunjukkan isyarat V sebab seronok dapat basikal.

Aku sedang ber"posing" sedangkan Mat Rashid sibuk lapik basikal takut calar.



Kelihatan basikal disusun kemas di dalam Innova Mat Rashid.



Inilah basikal aku body Raleigh Dakar tapi 7 speed ajer, kurang mampu nak beli yang mahal.